Sunday, May 14, 2017

I-RIA 2017 UUM SINTOK


Program ini berlangsung pada 8-9 Mei 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. Berikut adalah kejayaan yang diperolehi oleh Team JTMK PMS. Tahniah buat pensyarah dan pelajar JTMK.

1 IEEE Award
1 Silver Medal
4 Bronze Medal



Kategori IEEE Award
Produk : Home Security Surveillance By GSM

Pelajar :
Nur Sabrina Salihah binti Khalid
Nurul Atiqah binti Hashim

Penyelia : En. Afzanizam bin Alias




Silver Medal
Produk : 3R Intelect Dustbin

Pelajar :
Nurul Anis Syahirah binti Kasim
Muhammad Nur Aslam bin Ahmad Putra
Ahmad Noor Haikal bin A. Karim

Penyelia :
En. Haris Fadhilah

Bronze Medal

Produk :
Home Security Surveillance By GSM

Pelajar :
Nur Sabrina Salihah binti Khalid
Nurul Atiqah binti Hashim

Penyelia : En. Afzanizam Alias



Produk : 
Android Home Automation Extension

Pelajar :
Munirah binti Mohammad
Azrie Amirul bin Azman
Hazim bin Rejab

Penyelia : Tn Hj Abdullah Azraai

Produk 
PH Meter Sensor

Pelajar :
Fatin Afiqah binti Mohd Zamri
Nurul Natashah binti Hashim

Penyelia : Nik Khairul Bariyyah

Produk :
FrinkleC

Pelajar :
Nadia Syahira binti Zohari
Faiezah binti Marmin
Siti Norzinxie binti Azman

Penyelia : Nik Khairul Bariyyah

Warga PMS mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang.





Thursday, April 27, 2017

JTMK - JUARA SUKMAS 2016


Upacara penutup Sukan PMS (SUKMAS) telah diadakan pada 8 Mac 2016 di Kompleks Sukan. Berkat kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh warga JTMK secara keseluruhannya, JTMK telah dinobatkan sebagai Juara SUKMAS 2016. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan mendapat penyertaan dari pelajar dan kakitangan. JTMK telah berjaya memenangi beberapa acara utama dan mendapat kutipan mata yang tertinggi.


Pihak pengursan JTMK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKMAS kali ini. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjuang hingga membawa kejayaan gemilang ini. Terima kasih juga kepada kakitangan dari unit-unit lain yang bergabung dengan JTMK sepanjang acara kali ini.


Sekian dari Pengurus Pasukan

Sunday, April 9, 2017

JTMK OPEN DAY


JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day (Siri 1) 2017 pada 16.02.2017 bertempat di perkarangan JTMK. Seramai 120 orang pelajar terlibat melalui 41 buah gerai yang telah menyediakan pelbagai jenis produk jualan sepanjang program ini berlangsung. Selain dari acara jualan, pengunjung jugaboleh memenangi hadiah dengan acara cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pelbagai gerai jualan telah menarik minat warga PMS yang berkunjung bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan ini. Program ini juga turut dilawati oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP PMS) yang turut hadir bersama Timbalan Pengarah Akademik, Tn Hj Nor Rahim Bin Muhayat.

Budaya keusahawanan ini seharusnya dipupuk dikalangan pelajar PMS agar mereka dapat berdaya saing setelah mereka menamatkan pengajian di PMS kelak. Rata-rata pengunjung memberikan komen yang positif terhadap penganjuran pada kali ini yang dilihat lebih meriah berbanding sebelum ini.
Walaupun dalam keadaan hujan, ini tidak menghalang semangat pelajar JTMK untuk berniaga dengan pelbagai bentuk promosi bagi melariskan lagi jualan mereka. Diharapkan semoga program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan demi melahirkan pelajar PMS yang mempunyai semangat keusahawan dan berdaya saing setanding dengan IPT lain di negara kita.

Wednesday, April 5, 2017

JTMK


Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) adalah salah satu jabatan yang telah ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah pada 1 Ogos 2003. Penubuhannya adalah selari dengan permulaan operasi PMS dimana pengambilan kumpulan pelajar pertama yang terdiri dari pelajar kursus Sijil Teknologi Maklumat (SIT) memulakan sesi pengajian pada Januari 2004.


Pada awal penubuhannya, Jabatan ini dianggotai oleh 4 orang tenaga pengajar termasuk Ketua Jabatan. JTMK mula mengambil pelajar bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) bagi menampung keperluan kampus induk dan pengambilan pelajar ini dibuat 2 kali setahun iaitu pada Sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun.

I-RIA 2017 UUM SINTOK

Program ini berlangsung pada 8-9 Mei 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. Berikut adalah kejayaan yang diperolehi oleh ...